Insurans Kereta

Melindungi Pemandu Atau Pihak Ketiga Daripada Sebarang Risiko Tuntutan

FWD Protect Direct

Cover yourself with family takaful today to protect their tomorrow

Insurans Kereta

Insuran kereta, juga dikenali insurans kenderaan, kereta atau auto, adalah insurans yang dibeli untuk kereta, trak, motosikal dan kenderaan lain atas jalan raya. Matlamat utama insurans motor adalah menyediakan perlindungan kewangan terhadap kerosakan fizikal dan/atau kecederaan badan akibat perlanggaran trafik, termasuk liabiliti yang berpunca daripada kemalangan itu.

Insurans motor standard tidak melindungi pemegang polisi daripada 5 ciri berikut:
1. Kematian atau kecederaan sendiri.
2. Liabiliti tuntutan daripada penumpang kenderaan.
3. Kecurian aksesori kenderaan bukan pemasangan kilang seperti pemain audio, kerusi kulit dan rim sport kecuali diisytihar.
4. Kerugian lanjutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakan mekanikal atau elektrik atau pemecahan.
5. Kerugian atau kerosakan akibat kejadian semula jadi seperti banjir dan tanah runtuh.

Bagaimanapun, premium tambahan boleh dibayar untuk melindungi pengecualian tertentu seperti banjir atau liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan. Anda juga boleh mempertimbangkan perlindungan tambahan untuk cermin depan dan aksesori kenderaan untuk mengekalkan diskaun tiada tuntutan (No Claim Discount – NCD) jika berlaku kerugian atau kerosakan.

Ada 3 jenis perlindungan insurans, iaitu Pihak Ketiga; Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian; dan Komprehensif.

Pihak Ketiga – Hanya melindungi liabiliti pihak ketiga akibat kecederaan, kematian dan kerugian atau kerosakan harta benda.
Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian – Menawarkan perlindungan yang sama dengan Pihak Ketiga bersama tambahan kerugian kenderaan sendiri akibat kebakaran tidak disengajakan dan kecurian.
Komprehensif – Memberikan perlindungan yang ditawarkan dua polisi di atas, termasuk melindungi kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan.

Persamaan ketiga-tiga insurans ialah perlindungan yang ditawarkan tidak merangkumi liabiliti pemandu dan penumpang kenderaan seperti harta benda, kecederaan tubuh badan dan kematian.

Insurans Kereta

Death benefit

This plan ensures your loved ones receive financial support up to RM500,000. You can participate for yourself or as a whole family

No medical examination

You are only required to answer three underwriting questions.

Pay the same contribution yearly

Pay level contribution until your certificate matures.

We pay your family's contribution upon your passing

We ensure that your family remains covered upon your passing.

Complimentary teleconsultation with cHeart

Get 4 months complimentary teleconsultation with qualified doctors from the comfort and safety of your own home.
This plan ensures your loved ones receive financial support up to RM500,000. You can participate for yourself or as a whole family.
You are only required to answer three underwriting questions.
Pay level contribution until your certificate matures.
We ensure that your family remains covered upon your passing.
Get 4 months complimentary teleconsultation with qualified doctors from the comfort and safety of your own home.

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Kepentingan Boleh Insurans

Pastikan insurans dibeli sebaik saja membeli kereta. Jika kenderaan terpakai, pastikan anda melindungi kepentingan anda dengan membeli polisi insurans baharu. Ini kerana perlindungan insurans pemilik terdahulu tidak lagi sah.

Nilai Insurans

Pastikan kenderaan diinsuranskan secukupnya. Nilai insurans kenderaan baharu bersamaan harga belian, manakala kenderaan lama bersamaan nilai pasaran kenderaan semasa polisi dibeli. Jika nilai diinsuranskan rendah daripada nilai pasaran, anda dianggap menginsuranskan sendiri nilai itu. Jika kerugian, hanya sebahagian ganti rugi dibayar. Sebaliknya, jika nilai diinsuranskan tinggi daripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimum adalah nilai pasaran kenderaan itu, termasuk tidak boleh mendapat keuntungan daripada tuntutan insurans (prinsip indemniti).

Klausa Purata

Digunakan apabila kenderaan terkurang insurans mengalami kerosakan. Ini bermakna tuntutan insurans dikurangkan dengan nisbah nilai kenderaan yang tidak diinsuranskan. Contohnya, jika kenderaan diinsuranskan hingga 70 peratus daripada nilai pasaran, syarikat insurans hanya akan membayar 70 peratus daripada jumlah kos pembaikan.

Pendedahan

Fakta penting mesti dinyatakan, contohnya; kemalangan yang dialami sebelum ini dan pengubahsuaian enjin. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan syarikat insuran menolak tuntutan atau tuntutan pihak ketiga ke atas anda.

Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discount-NCD)

Pembayaran premium boleh dikurangkan oleh kelayakan NCD yang diberikan jika tiada tuntutan dibuat terhadap polisi dalam tempoh 12 bulan terdahulu. Kelayakan NCD bergantung kepada kelas kenderaan dan bilangan tahun pengalaman memandu berterusan dengan tanpa tuntutan. Keseluruhan kelayakan NCD hilang apabila tuntutan kerosakan sendiri atau pihak ketiga dibuat terhadap anda.

Ekses

Jumlah kerugian yang perlu anda tanggung, di mana syarikat insurans akan membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan. Jika polisi mempunyai ekses, anda perlu bayar jumlah ekses terus kepada bengkel baik pulih kenderaan.